Ahad, 4 Jun 2017

[BIODATA] Elvina Mohamad

 
 
Nama Penuh : 
Norazlina Mohamad

Nama Komersial :
Elvina Mohamad
Tarikh Lahir : 
25 Jan 1995 
 
Umur : 
22 Tahun (2017)
 
Asal : 
Teluk Intan, Perak
 
Kacukan :
Siam dan Melayu
 
Kerjaya : 
Model dan Pelakon 
 
Drama/Telemovie :
Baby Ana Milik Siapa (2014), Anak Ke-5 (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Mariam Alisa(2016), Suamiku Paling Sweet (2017), Shhh... I Love You (2017), Jojie Gigil (2017), Bella Mencari Cinta (2016), Kungfu Kaw (2017)

Laman Sosial : 
 



 

[SINOPSIS NOVEL] Dr.Alpha Male

Assalamualikum..




 Sinopsis Novel

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH

Wow! speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab dalam kelas. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

"Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang yang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya..... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tal lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr.Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang terjadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya...

"I'll do my best to protect you. Anything. I'll even talking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH

Namun mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?.

Khamis, 6 Oktober 2016

[SINOPSIS] Red Velvet



Sinopsis Novel

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu membuatkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tidak kena dimatanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena berkerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah...... hati mereka bertaut dengan kasih. Namun rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

"Mungkin dia tidak sweet macam kek bergula, tak berharta seperti putera raja, tapi cintanya yang paling manis di jiwa"

Selasa, 16 Ogos 2016

[SINOPSIS] Arluna




Sinopsis Novel

Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina sangat cliche.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam di puncak Sand Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum brek? -NIA ARLUNA @ NINA
Emmm.. errr... I'm not a car. Uh... I did't bring side mirror while walking. - JOHAN ARIF @ JOE

2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula.
Tadi dapat colour "Luna' pun dah cakap 'thank you', dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap "I'll marry you" ya. - JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk Fazleen 'udang galah'. Eh, dah kahwin pun muncul lagi? Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya? Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas dengan hak seorang isteri?

"Tewas itu taat".

_____________________________________________________________

Jangan lupa untuk menantikan adaptasi novel ini di kaca television. Bersama gandingan hero dan heroinnya Saharul Ridzwan dan Anzalna Nasir.




Jumaat, 5 Ogos 2016

[SINOPSIS NOVEL] Cinta Copy Paste

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Pertama kali menatap wajah Anom Sufi, hati Habib Iqmal tidak tentu rasa. Meronta-ronta hatinya mahu menjadikan gadis itu suri di hati. Tetapi... sudah tentulah Anom tidak sudi. Yalah.. umur Anom baru 19 tahun sedangkan dia sudah 33 tahun.

"Abang rasa abang dah jumpa jodoh abang. Sufilah orangnya yang bakal jadi tulang rusuk kiri abang. Kita kahwin ya, Sufi?"

Terkedu Anom dengan lamaran Habib. Mana mungkin dia terima lamaran lelaki itu? Dia masih muda belia, sedangkan Habib sudah tua. Bermacam-macam alasan direka Anom.

"Saya ni masih belajar, Datuk. Mana boleh suka-suka hati nak kawin?"

Habib pula tidak kenal putus asa sehinggalah Anom bersuara... Dia menerima lamaran itu.

Namun, kebahagian yang diidambakan Anom punah sekelip mata dengan kemunculan 'baby'. Bila Habib melebihkan 'baby' dalam segala hal, Anom jadi sedar diri. Baru dia tahu, di mana letaknya dia di hati Habib. Jika Habib mahukan 'baby', dia sedia undur diri. Biarlah dia pergi. Dia pun enggan selama-lamanya terlindung di balik bayangan 'baby'.

[SINOPSIS NOVEL] Awak Sangat Nakal

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

"Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu."
"Jo..."
"Jo? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?"

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humairah, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasiyang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian merangcang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

"Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can'ts into cans, and her dream into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang."

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

[SINOPSIS] I Love You Stupid

Assalamualaikum..

Sinopsis Novel

KISAH KEMANUSIAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris The Diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor iris.. - Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!

"Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Handsome dan pedasss!" - Iris

"Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam, cuba menghalang polis dari menjalankan tugas.." - Abang Pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

"Sir, How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?" - Iris

"Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" - Ebrahim

Firman? Yuck! Mulutnya, Ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

"Untuk bodyguard saya... yang sangat macho, stylo... dan ..."

"Dan apa?" - Firman

"Ermmmm, satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So, biarkan saja tempat kosong itu." - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We're hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang sangat besar dengan mengharungi hidup ditempat asing yang sangat mencabar.

"Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan... Tolonglah, saya merayu."

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan.. tentang islam, agamaku.. tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta..

"Selama ini saya merasakan sepi dan tidak berpunya, Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar.."