Selasa, 14 Julai 2015

[Sinopsis] M.A.I.D Pun Nak Raya & Isteri Separuh Masa Raya

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya

M.A.I.D PUN NAK RAYA

Kepada semua peminat setia drama M.A.I.D. jangan lupa untuk menonton drama MAID RAYA pada 2 syawal jam 10.00 Pagi di Astro Ria dan Astro Ria HD.




Sinopsis

Noorul meninggal dunia ketika bersalin, Harris mengalami kemurungan. Melihat keadaan Harris, Zaura mengupah Orang Gaji baru demi menguruskan kehidupan abangnya itu. Puan Sri Kirana, cuba menyatukan Harris dengan bekas kekasih harris di zaman sekolah, Maya. Seluruh keluarga Haikal terkejut dengan kehadiran Maid baru yang wajanya yang saling tidak tumpah seperti Noorul, Myra.

Kemunculan Myra, wajah yang mirip persis arwah isterinya, Noorul merubah kehidupan Harris yang masih kemurungan di atas kehilangan isterinya yang meninggal dunia selepas kali kedua bersalin. Lebih mengejutkan, Myra bagaikan mengenangkan dia kepada Noorul. Sementelah pula Myra ialah orang gaji baru.
credit : infotaip.blogspot.com





ISTERI SEPARUH MASA RAYA



Kepada semua penonton setia drama Isteri Separuh Masa, jangan lupa untuk melihat kembali Medina Izwani dan Nazrin Shah pada 3 Syawal jam 10.00 pagi di Astro Ria & Astro Ria HD.

Sinopsis

Kerana terlalu selesa dengan layanan Nazrin Shah, Medina mengabaikan tanggungjawab terhadap Nazrin dan anaknya. Dia juga tidak menjaga diri kerana baginya Nazrin mungkin tidak berpaling arah. Namun kerana terpengaruh dengan kawan-kawannya mula mengesyaki Nazrin, lebih-lebih lagi setelah kepulangan Zita yang bekerja bersama dengan Nazrin Shah.

Credit : infotaip.blogspot.com


 Sambil tu, jom layan promo M.A.I.D & ISTERI SEPARUH MASA RAYA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan